Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Barcelona vs Real Madrid Super Cup Sepanyol

Keputusan Barcelona vs Real Madrid Super Cup Sepanyol

Keputusan Barcelona vs Real Madrid Super Cup Sepanyol 23 Ogos 2012 – Pertemuan dua musuh tradisi dalam saingan bolasepak sepanyol Barcelona vs Real Madrid. Perlawanan merebut Piala Super Sepanyol yang berkesudahan kemenangan berpihak kepada pasukan Barcelona. Ini merupakan perlawanan pusingan pertama yang di adakan di Stadium Nou Camp sebelum mereka bakal bertemu sekali lagi di Stadium  Bernabeu. 

Real Madrid terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan penyerang antarabangsa Portugal, Cristiano Ronaldo awal separuh masa kedua selepas meledak gawang Barca hasil tandukan sepakan sudut penyerang antarabangsa Jerman, Mesut Ozil. Pedro menyamakan kedudukan selepas menyudahkan hantaran Javier Mascherano pada minit ke-56.

Lionel Messi pula meletakan Barcelona di depan setelah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-70  selepas Andres Iniesta dikasari Sergoi Ramos. Xavi Hernandez melebarkan jaringan apabila menyudahkan hantaran diterima daripada Anders  Iniesta untuk Barcelona mendahului 3-1 pada minit 78. Namun Angel Di Maria  berjaya menjaringkan gol kedua Real Madrid pada lewat permainan untuk kedudukan penuh Barcelona mengatasi Real Madrid 3-2. 

Real Madrid masih mempunyai peluang untuk kembali mengatasi defisit 1 gol Barcelona apabila mereka bakal bertemu sekali lagi pada 29 Ogos 2012.



Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *