Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Badminton Dunia 2015

Keputusan Badminton Dunia 2015

Keputusan Badminton Dunia 2015. Pasti ramai yang menantikan keputusan dan prestasi pemain badminton Malaysia dalam Kejohanan Dunia yang berlangsung di Indonesia. Bagaimanakah kemampuan Lee Chong Wei dan juga pemain lain.

Dalam perkembangan terkini, Datuk Lee Chong Wei melangkah ke suku akhir setelah menewaskan pencabar dan pilihan ke 8 kejohanan Wang Zhengming dengan keputusan 21-17, 21-19. Esok beliau bakal melangkah ke peringkat suku akhir dalam misinya menjuarai kejuaraan dunia buat kali pertama dengan sebelum ini hanya mampu menjadi naib juara pada tahun 2011, 2013 dan 2014.

Lee Chong Wei Kejohanan Badminton Dunia 2015
Aksi Lee Chong Wei Kejohanan Badminton Dunia 2015 menentang pemain China – Foto EPA

Sementara itu dalam aksi bergu , pasangan yang mencipta kejutan pada perlawanan sebelum ini dengan menewaskan juara bertahan gagal meneruskan kecemerlangan mereka. Goh V Shem dan Tan Wee Keong tewas kepada bergu pilihan ke 9 dari China Liu Xiaolong-Qiu Zihan dengan keputusan 21-18 dan 21-18.

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *