Home » Info Sukan » Keputusan Arsenal vs Hull City Final Piala FA Inggeris

Keputusan Arsenal vs Hull City Final Piala FA Inggeris

Keputusan Final Piala FA Inggeris 2014 , Keputusan Arsenal vs Hull City 17 Mei 2014 – Akhirnya Arsenal berjaya menamatkan kemarau tanpa sebarang kejuaraan dalam saingan bolasepak Inggeris apabila berjaya merangkul Piala FA 2014. Perlawanan akhir yang berlarutan sehingga masa tambahan di Stadium Wembley. Arsenal bangkit dari ketinggalan kepada Hull City untuk kejuaraan pertama sejak 9 tahun lalu. 
Hull City pada mulanya berjaya mengejutkan Arsenal apabila menjaringan dua gol awal melalui James Chester ( m`9 ) dan Curtis Davis ( m`14 ). Namun Arsenal  bangkit menyamakan kedudukan melalui Santi Carzola minit 17 dan Laurent Koscielny minit 71. 
Kedua pasukan terpaksa bermain dalam masa tambahan apabila kedudukan kekal 2-2 sehingga tamat masa sebenar. Aaron Ramsey akhirnya memecah kebuntuan apabila menjaringkan gol kemenangan Arsenal pada minit 109 untuk kejuaraan pertama Arsenal sejak 9 tahun tanpa sebarang gelaran piala utama dalam saingan Liga Inggeris.
KEPUTUSAN AKHIR PIALA FA INGGERIS
Arsenal 3 Hull City 2 

** Arsenal muncul juara Piala FA buat kali ke-11, menyamai rekod Manchester United.



Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *