Breaking News
Home » Info Sukan » Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014

Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014

Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014 , Senarai Pemenang Anugerah. Hari ini telah berlangsung acara Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014 di Kuala Lumpur. Majlis ini adalah bertujuan memberi penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam arena bola sepak Malaysia sepanjang 2014 sama ada pemain dan juga pihak pengurusan persatuan.
Antara anugerah yang menjadi perhatian adalah pemain penyerang terbaik , pemain pertahanan terbaik , pemain tengah dan juga penjaga gol terbaik. Paling mencuri tumpuan adalah anugerah pemain paling bernilai atau MVP ( Most Value Player )
Gambar pemenang anugerah bola sepak kebangsaan 2014
Gambar Pemenang
Berikut adalah keputusan penuh senarai nama pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014

Pemain Paling Bernilai (MVP) – Mohd Khairul Azhan Khalid (Pahang)
Pemain Penyerang Terbaik – Mohd Nor Farhan Mohamad (Terengganu)
Pemain Pertahanan Terbaik – Razman Roslan (Pahang)
Penjaga Gol Terbaik – Mohd Khairul Azhan Khalid (Pahang)
Ketua Jurulatih Terbaik – Zainal Abidin Hassan (Pahang)
Pemain Import Terbaik – Ali Ashfaq (PDRM)
Persatuan Bola Sepak Terbaik – Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang
Kelab Bola Sepak Terbaik – Kelab Johor Darul Takzim (JDT)
Kelab Penyokong Terbaik – JDT
Anugerah Fairplay – Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu
Pemain Muda Harapan – Farhan Roslan (Kedah)

Pahang mendominasi senarai pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014,apabila membolot lima anugerah, termasuk Pemain Paling Bernilai menerusi penjaga gol, Khairul Azhan Khalid. Khairul Azhan turut meraih Anugerah Penjaga Gol Terbaik dan pemilihannya sebagai pemain paling bernilai menjadikan penjaga gol pertama meraih anugerah itu selain Persatuan Bola Sepak Terbaik, Pertahanan Terbaik Razman Roslan dan Jurulatih Terbaik menerusi Zainal Abidin Hassan.

Mohd Badhri Radzi mengekalkan Pemain Tengah Terbaik, Mohd Farhan Roslan memenangi Pemain Muda Terbaik, Pemain PDRM Ashfaq Ali Pemain Asing Terbaik, Mohd Norfarhan Mohamad Penyerang Terbaik manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dipilih sebagai penerima Anugerah Fair Play. Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih dua anugerah menerusi Kelab Terbaik dan Kelab Penyokong Terbaik.

pemenang anugerah pemain paling bernilai MVP Khairul Azhan Khalid
Khairul Azhan Khalid menang Pemain Paling Bernilai

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *