Home » Info Sukan » Keputusan Anugerah Ballon d’Or FIFA 2014

Keputusan Anugerah Ballon d’Or FIFA 2014

Keputusan Anugerah Ballon d’Or FIFA 2014. Penyerang Real Madrid dan Portugal , Cristiano Ronaldo sekali lagi dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia FIFA untuk tahun 2014. Cristiano Ronaldo dipilih sebagai pemenang Anugerah Ballon d’Or FIFA selepas prestasi menakjubkan dan luar biasa sepanjang 2014 pada majlis berprestij anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Cristiano Ronaldo menewaskan pencabar dari Barcelona, Lionel Messi dan penjaga gawang Jerman, Manuel Neuer. Ronaldo pernah memenangi Anugerah Ballon d’Or FIFA sebelum ini iaitu pada tahun 2008 dan 2013.

Ronaldo meraih anugerah berkenaan dengan undian sebanyak 37.66 peratus mengatasi Messi (15.76 peratus) dan Neuer ( 15.72 peratus), menerusi undian yang disertai kapten skuad kebangsaan, jurulatih dan wartawan di kalangan 209 keahlian FIFA.

Sepanjang 2014 Cristiano Ronaldo menyumbatkan 61 gol dalam 60 perlawanan untuk Real Madrid, menjulang Liga Juara-Juara, Piala Kelab Dunia, Piala Super Eropah dan trofi Copa del Rey.

Keputusan Ballon d'Or FIFA
Cristiano Ronaldo menang anugerah Ballon d’Or FIFA buat kali ketiga

gambar sumber EPA

Check Also

keputusan Liga Super 20.9.17

Keputusan Liga Super 20 September 2017

Keputusan Liga Super 20 September 2017. Enam perlawanan berlangsung dengan perebutan kedudukan kedua Liga Super …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *