Breaking News
Home » Berita » Keputusan Akhir Da’i 2014 Musim Kedua

Keputusan Akhir Da’i 2014 Musim Kedua

Keputusan Da’i Musim Kedua – Rancangan rialiti tv berbentuk keislaman terbitan TV3 Da’i Pendakwah Milenia telah pun sampai ke penghujung malam tadi. Tiga peserta telah layak ke peringkat akhir.
Nik Ahmad Farhan Nik Muhammad, dinobatkan sebagai juara program Da’i musim kedua sekali gus mengenepikan dua finalis lain. Nik Ahmad merupakan pelajar Pendidikan Islam dan Pengajian al-Quran, Universiti Malaya.

Nik Farhan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta hadiah tajaan pakej umrah sumbangan Clixter Mobile dan Myrezqi Sdn Bhd, Amanah Saham Pendidikan sumbangan Permodalan Nasional Berhad (PNB), barangan hiasan sumbangan Little Egypt, cenderahati dan kontrak bersama TV3.

Dua orang lagi peserta yang layak ke peringkat akhir da’i 2014 musim kedua adalah penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Ahmad Izzhar Ahmad Nazrui dan pelajar Usuluddin, Universiti Yarmouk , Jordan, Ammar Ismail.

Nik Ahmad Farhan Da'i 2014



Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *