Breaking News
Home » Info Hiburan » Keputusan AJL31 Anugerah Juara Lagu TV3

Keputusan AJL31 Anugerah Juara Lagu TV3

Keputusan AJL31 Anugerah Juara Lagu TV3. Bermula dengan pencalonan Muzik-Muzik sepanjang 2016 kini malam kemuncak akan berlangsung untuk menentukan siapakah yang akan dinobatkan selaku Juara Lagu yang ke 31. Sebanyak 12 lagu akan berentap pada konsert akhir nanti.

Keputusan AJL31 Anugerah Juara Lagu
Keputusan AJL 31

Anugerah Juara Lagu 31 ( AJL 31 ) akan berlangsung pada 22 Januari 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula pukul 9 malam. Akan dihoskan oleh Fara Fauzana, Awal Ashaari, Sarimah Ibrahim dan Fizi Hot FM. Turut akan bersiaran secara langsung di TV3.

Senarai 12 lagu yang layak ke AJL 31 adalah seperti berikut.
Lelaki Teragung – Dayang Nurfaizah
Terakhir – Sufian Suhaimi
Sudah Ku Tahu – Projector Band
Selamanya Cinta – Shila Amzah & Alif Satar
Terimaku Seadanya – Misha Omar & Hafiz Suip
Ku Rela Dibenci – Aiman Tino
Di Amaran Mama – Hazama & The Penglipur Lara
Obses – Akim & The Majistret
Setia – Elizabeth Tan feat Awi Rafael
Kalah Dalam Menang – Syamsul Yusof feat Mawi
Hang Pi Mana – Khalifah
Anugerah Terindah – Black

Dari senarai finalis AJL 31 diatas siapakah yang akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50 ribu untuk juara, RM35 ribu naib juara dan Rm20 ribu untuk tempat ketiga. Turut akan dipertandingkan adalah kategori persembahan terbaik dan vokal terbaik yang akan membawa pulang RM12 ribu.

Berikut adalah Keputusan AJL31 Anugerah Juara Lagu TV3
Juara – Lelaki Teragung ( Dayang Nurfaizah )
Naib Juara – Terimaku Seadanya ( Misha Omar & Hafiz Suip )
Ketiga – Sudah Ku Tahu ( Projector Band )
Persembahan Terbaik – Khalifah
Vokal Terbaik – Dayang Nurfaizah

Nantikan malam kemuncak AJL31 secara langsung di TV3 pada 22 Januari 2017 jam 9 malam.

Check Also

keputusan Liga Super 26 April 2017

Keputusan Liga Super 26 April 2017

Keputusan Liga Super 26 April 2017. Saingan diteruskan dengan enam perlawanan berlangsung. Beberapa venue juga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *