Breaking News
Home » Info Sukan » Kenyataan TMJ Isu Poster Kepala Anjing

Kenyataan TMJ Isu Poster Kepala Anjing

Kenyataan TMJ Isu Poster Kepala Anjing. Hangat diperkatakan di media sosial dan media arus perdana berkaitan isu poster berkepala anjing yang menjurus diarahkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ) pada perlawanan Piala Sumbangsih 2015 antara JDT dan Pahang. Dibawah adalah beberapa kenyataan dan kenyataan TMJ sendiri berkaitan isu ini yang dipetik dari laman Facebook Johor Southern Tigers.

Tindakan sesetengah penyokong yang dengan sengaja mempamerkan poster negatif terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah dipandang serius oleh pihak Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dimana 12 individu telah dikenal pasti bertanggungjawab dan berjaya ditahan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Mereka akan direman selama 5 hari untuk siasatan selanjutnya dan sekiranya didapati bersalah, individu-individu tersebut akan dilarang untuk memasuki stadium di seluruh negeri Johor seumur hidup.

Tidak kira apa jua bentuk tindakan provokasi yang dianggap keterlaluan, polisi PBNJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan provokasi. Kami sentiasa menyeru agar para penyokong Johor Darul Ta’zim menjaga nama baik organisasi dan mematuhi nasihat yang telah pun disampaikan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor agar penyokong JDT menjadi penyokong yang profesional.

Dibawah adalah Kenyataan Tengku Mahkota Johor berkaitan Isu Poster Kepala Anjing dan beberapa kenyataan yang dibuat oleh individu dilaman sosial berkaitan isu ini.

Saya tidak menyokong budaya hooligan dan tidak setuju dengan tindakan protes sebegini yang ditujukan kepada FAM. Saya tidak menyokong sebarang salah laku yang dilakukan oleh para penyokong bola sepak di mana jua di seluruh negara. Namun ianya tidak bermakna saya tidak memahami protes para penyokong bola sepak Malaysia yang tidak berpuas hati dengan cara FAM mentadbir sukan bola sepak di negara ini.

Saya tidak menyalahkan Presiden. Saya menyalahkan organisasi. Saya menyalahkan ahli-ahli jawatankuasa dan ahli-ahli gabungan yang tidak bersatu dan bersuara menegur kesilapan yang dilakukan oleh badan induk pentadbir bola sepak itu. Saya bersifat berkecuali, saya menegakkan kebenaran, saya mengutamakan integriti, saya menyokong profesionalisme, saya mahukan ketelusan dan kejujuran. Sekiranya para penyokong bola sepak Malaysia mahu melihat perubahan, mereka hendaklah bersatu.

Saya berdoa supaya suatu hari nanti, badan pentadbir bola sepak negara akan mengabulkan hajat para penyokong. Bola sepak adalah milik rakyat. FAM juga milik rakyat. Nasihat saya kepada mereka yang tidak memahami bola sepak, dan mereka yang hanya bersuara demi modal politik peribadi, cukup-cukuplah dan hentikanlah. Anda hanya membuatkan diri anda kelihatan kurang bijak.

Saya mengucapkan syabas kepada FAM atas segala usaha baik yang mereka lakukan. Namun saya tidak akan berhenti menyuarakan ketidakpuashatian bagi pihak seluruh penyokong bola sepak Malaysia sekiranya FAM melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Apa yang benar tetap benar, dan yang salah tetap salah. Kepada seluruh penyokong bola sepak tanahair, lebih baik kita bersatu dan bekerja keras untuk memajukan bola sepak Malaysia daripada bergaduh dan bertelagah sesama sendiri. Ingat, FAM adalah milik seluruh rakyat Malaysia, dan bukan sebuah entiti milik persendirian.

Isu poster kepala anjing
Kenyataan TMJ berkaitan isu poster kepala anjing

Dibawah adalah kenyataan yang sama tapi dalam bahasa inggeris.

I stand against hooliganism and I do not agree with the protest towards FAM. I stand against any wrong doings or actions by fans anywhere in the country. But this does not mean I don’t empathise for the fans that is in protest towards FAM for the way they are running football in this country.

I don’t blame the president. I blame the excos in FAM and the Affiliates who are not standing united and not voicing out any wrong doings by the governing body. I stand neutral, I Stand for what is right, I stand for Integrity, I stand for Professionalism, I stand for Transparency, and I Stand for Honesty. If Malaysian football fans want to see changes, they must Stand united.

I Pray that one day, the football governing body of Malaysia will grant them their wishes. Football belongs to the people. FAM belongs to the people. My advice to those who don’t know football, and those voicing out for their own political mileage, you should all stop. You are making yourself look like a fool.

I congratulate FAM for the good things they’ve done. However I will never stop voicing out my displeasure on behalf of Malaysian football fans if they do something wrong. What’s right will always remain right. And what’s wrong will always be wrong. To all football fans in this country, let us all unite and strive to further advance Malaysian football. Let us not fight and argue amongst ourselves. Remember. FAM belongs to the people of Malaysia. It is Not a private entity.

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *