Breaking News
Home » Berita » Kenyataan Manoharan Terhadap Lee Chong Wei Dipertikai Banyak Pihak

Kenyataan Manoharan Terhadap Lee Chong Wei Dipertikai Banyak Pihak

Banyak pihak mempertikaikan kenyataan Adun Kota Alam Shah M Manoharan yang mengeluarkan berbagai kenyataan didalam twitternya berikutan kekalahan Lee Chong Wei dalam final badminton Olimpik 2012. Selain pengguna laman sosial facebook dan twitter yang menyatakan rasa kurang senang dengan Manoharan beberapa pemimpin termasuk pemimpin pakatan rakyat turut menyelar M Manoharan.

Antara pemimpin pembangkang yang menyelar Manoharan adalah Anwar Ibrahim yang menyelar kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang didakwa mempolitikkan kekalahan tipis  Datuk Lee Chong Wei di tangan Lin Dan di Sukan Olimpik London 2012. Manoharan dilihat mula menulis kenyataan-kenyataan di Twitter sejurus selepas Chong Wei tewas dengan mengatakan Lin Dan telah menang dan dia bermain lebih baik daripada “Lee Chong AWAY…”.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh dilihat turut tidak senang dengan tulisan Manoharan apabila beliau menulis “sesetengah ahli politik tidak seharusnya menggunakan sosial media sekiranya mereka kurang berupaya untuk berfikir sebelum ‘bertwitter’.”


sumber Sinar Harian

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *