Breaking News
Home » Lelaki » Kenapa Lelaki Perlu Berjambang

Kenapa Lelaki Perlu Berjambang

Kenapa Lelaki Perlu Berjambang. Siapa hendak jawab persoalan ini. Mungkin wanita boleh jawab kenapa dia suka lelaki berjambang dan lelaki pun perlu tahu kenapa perlu berjambang. Ramai yang cakap lelaki berjambang nampak lebih macho dan maskulin. Betul ke?

kenapa lelaki perlu berjambang

Antara idola berjambang yang popular di Malaysia pastinya Wak Doyok, sebab selalu dengar bila nampak je lelaki berjambang orang akan panggil dia Wak Doyok. Kalau TMJ pun ok juga, anak raja berjambang dan bijak dalam membangunkan bolasepak Johor dengan pasukan JDT.

Kenapa lelaki perlu ada jambang?

Lelaki yang tidak berapa jambu atau kulit licin sebab ada jerawat, parut atau sebagainya yang menjadi penghuni wajah kalau ada jambang boleh cover muka. Tapi bukan sebab utama, sebab tidak semestinya orang berjambang itu kerana hendak cover muka.

Tahukah anda sinaran UV matahari boleh merosakkan kulit. Jambang mampu melindungi kulit wajah lelaki. Ikut kajian , jambang mampu melindungi 95% kulit dan secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko kanser kulit. Kalau hendak lebih detail sila rujuk pakar kulit anda.

Lelaki berjambang lebih nampak maskulin, ramai yang menyatakan perempuan lebih tertarik kepada lelaki berjambang. Lelaki berjambang lebih nampak matang, muda, bijak, bergaya, macho dia memang daboom. Tapi jika jambang dijaga dengan rapi, kalau bersepah macam lalang mati kena racun, beruk tengok pun muntah hijau.

Musim panas jambang boleh dijadikan sebagai pelindung kepada kekeringan kulit. Bila ada jambang kulit akan sentiasa kekal lembab.

Banyak lagi kelebihan jambang kepada lelaki. Jika anda lelaki berjambang sila kongsikan diruangan komen.

Check Also

Berhenti merokok

Makanan Yang Membantu Anda Berhenti Merokok

Makanan Yang Membantu Anda Berhenti Merokok. Tabiat merokok sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Ramai sahaja …

2 comments

  1. tak berapa suka dengan lelaki berjambang.. hehe

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *