Home » Lelaki » Kenapa Gemuk Itu Awesome

Kenapa Gemuk Itu Awesome

Kenapa Gemuk Itu Awesome. Tetiba ayat Gemuk Is Awesome menjadi popular setelah Abam mengucapkannya ketika menerima anugerah pelawak popular ABPBH 2014. Mungkin ramai yang tidak suka pada kegemukan namun bukan semua. Jadi jom kita tengok apa istimewa si gemuk kepada wanita.

lelaki gemuk

Kenapa Gemuk Itu Awesome Pada Wanita

Ramai suka lelaki yang kelakar dan ada sifat humor. Sebab kalau sentiasa serius 24 jam pun akan menjadikan kehidupan sesuatu yang membosankan. Jadi antara sebab itu lelaki gemuk sering dikaitkan sebagai lelaki yang mempunyai sifat lelaki yang kelakar semulajadi. Bukan sahaja dari kata-kata namun dari pergerakannya kekadang boleh menghiburkan si buah hati.

Bila keluar bersama, perkara biasa adalah acara makan-makan. Ramai yang akan order makanan ikut selera mata, bila dah makan tidak habis. Jangan risau, teman lelaki gemuk anda boleh tolong selesaikan. Namun ingat, lebih baik anda yang habiskan. Membazir itu adalah perkara yang tidak baik.

Satu lagi perkara yang menyenangkan bila bersama dengan lelaki gemuk ialah mereka langsung tidak cerewet dengan makanan, boleh menerima dan makan. Bayangkan jika anda sudah berumah tangga nanti, apa yang anda masak diterimanya. Mereka boleh makan apa sahaja. Jadi semua jadi mudah.

Kaum wanita lebih rasa selamat jika pasangan anda berbadan besar. Siapa berani mahu kacau anda jika orang yang bersama anda bertubuh besar. Sebab kalau kena sekali penumbuknya, 10 kali pusing dunia sebab pening.

Perkongsingan ini sekadar perkara asas yang tidak melambangkan atau melekehkan mereka yang gemuk. Setiap ciptaan Allah itu ada keistimewaan. Yang cantik itu hati bukan pada body.

Gemuk Tetap Awesome.. percaya atau tidak, mesti percaya!!

Check Also

Trik Youtube

Trik Youtube Yang Harus Anda Tahu

Siapa tidak tahu akan Youtube. Boleh dikatakan jika anda seorang yang mengikuti perkembangan dunia media …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *