Home » Santai » Kenapa Bimbang Sekarang Tak Bimbang Yang Akan Datang

Kenapa Bimbang Sekarang Tak Bimbang Yang Akan Datang

As salam.. panjang ler pula tajuk entri ni.Sama juga panjangnya aku memikir kenapa mereka risau sangat tentang satu perkara ini.Tapi bagi aku yang patut dirisaukan apa yang akan jadi di masa yang lebih panjang..berbelit-belit pula ayat aku dah…janji boleh faham dan sampai maksud.
Macam ni haa.. semua sedia maklum yang Lee Chong Wei menarik diri semasa perlawanan akhir perseorangan lelaki All England 2012 kerana kecederaan bahu.Tapi aku tengok dan baca banyak orang penting dunia sukan lebih risaukan Lee Chong Wei tak boleh main masa Piala Thomas.Tapi kalau dah cedera nak buat macam manakan..dalam sukan perkara itu tak boleh dielak..kalau dah sembuh bolehlah main balik.
Tapi.. seperti yang Datuk Lee Chong Wei sendiri kata..dia akan mengantung raket atau bersara selepas tahun 2013…jadi pada masa tu dah tak ada Lee Chong Wei dah…kalau pun dia masih bermain..mungkin kemampuan dia dah tak sehebat sekarang..usia semakin meningkat.Persoalannya sekarang..dah ada ke calon pengganti yang mampu mengalas cabaran negara dalam arena badminton antarabangsa.Sebab apa yang aku tengok negara lain dah pun menonjolkan beberapa pemain muda yang mampu bersaing sedangkan pemain kita..faham-faham sudahlah ye..Dalam setahun ini harap akan ada kebangkitan dan kemajuan dari pemain muda..

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *