Breaking News
Home » Santai » Kenangan Aku Dengan Isabella

Kenangan Aku Dengan Isabella

Ingat Isabella..?? kenal ke dengan Isabella..? aku pun tak tahu lah siapa dia Isabella ni..hehe tapi camner lak ada kenangan? Korang ada kenangan tak dengan Isabella..?? wah apa benda yang aku merepek ni..apa apa pun jom skodeng..haha. Sebenarnya ini bukanlah kisah cinta ke apa cuma bila aku layan2 lagu rock lama lama kat YouTube tadi aku layan jap lagu Isabella – Search sebab lama lak rasanya tak melayan lagu berhantu ni..Lagu ni meletup sekitar tahun 1989..masa tu aku sekolah rendah lagi..al kisahnya bermula..
Aku ngan adik aku ni memang susah sikit nak balik rumah kalau dah keluar bermain kat rumah jiran jiran..tengahari lepas balik sekolah terus merayap tak sempat nak makan..biasalah zaman budak budak eh..tengah aktif sebab stamina tengah banyak..haha!! Tapi akibat lagu Isabella ni kita orang berdua leh terbalik..macam mana?
Dulu sumber hiburan atau infomasi cumalah kat radio je..masa tu mana ada TV sebab kita orang baru je pindah kawasan Felda..Masa tu memang tengah top lagu Isabella kat corong2 radio…kita ni memang minat lagu Isabella ni..jadi Mak ambil kesempatan dengan kelemahan kita berdua ni..Bila lagu Isabella berkumandang je kat radio terus dia buka kuat kuat radio..Mak siap panggil lagi, suruh balik dengar lagu Isabella..apa lagi terus berlari balik rumah semata mata nak dengar lagu isabella..haha..pandai Mak aku buat umpan supaya kita orang balik..
Bila tengok kat paper kat intisari rancangan ternampak lak pasal muzik Muzik tv3 tu..ada lak tulis yang lagu Isabella bertanding malamnya..apa lagi lepas maghrib terus parking rumah jiran yang ada TV semata mata nak tengok Search dan Isabellanya..ehehe..kat youtube bawah tulah video asal pertama lagu isabella yang aku tengok tahun 1989 tu..klasik dah..huhu..

Inilah kenangan aku dan Isabella.. nostalgia zaman kanak kanak..

Check Also

keputusan piala malaysia 18 julai

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017. Aksi TM Piala Malaysia kembali dengan 8 perlawanan berlangsung …

9 comments

  1. ceq sampai bebila suka lagu ni…

    ~~isabella adalah………..

    acece.karok sket. hehe

  2. ceh..kenangan dgn lagu isabella rpnye..ingtkan dgn awek ekau yg nama isabella huhu…

  3. aisey ingatkan ade awek nama isabela 😀

  4. best lagu nie..

  5. lagi evergreen…zaman skrg pun msih diminati =)

  6. hahaha…peminat tegar ni….
    bijak mak ye…hihihi

  7. wah,,isabellaeh??jiwang!!haaa~:)

  8. Isabella mmg jadi kenangan pada akak..sbb masa tu tahun 89..akak lahirkan anak yg sulung…dan skrg ni anak akak dah umur 22 tahun…lagu tu masih lagi berhantu…kan..

  9. lagu ni sampai bila dengar pun sedap.. hehe

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *