Breaking News
Home » Santai » Kena Tol Ye..Siaplah Kau Malam Ini

Kena Tol Ye..Siaplah Kau Malam Ini

Tol oh tol..siapa yang tak tahu apa itu tol.Lalu atas jalan raya kena tol..tapi ini bukan cerita tol atas jalanraya tu.Ini tol dalam perjalanan ke pelamin..kekadang kesian juga aku tengok pengantin..yang hanya mampu tersengih..haha.Seperti yang aku lalui semasa menghantar rombongan kahwin ke Felda Sungai Mas,Kota Tinggi.
Tol pertama.. kena kerumun dengan kanak-kanak.Kena bagi sampul yang berisi RM1..adalah dalam lingkungan 30 orang.Ibu yang dukung anak kecil pun turut sama juga join bawa baby mereka..haha..meriah juga.Lepas tu kedua,terpaksa pula hadapi tol ke tiga.Kali ni kena hadapi pula sanak saudara,ipar duai pengantin perempuan.Semua tadah tangan.Aku rasa nilai duit dalam sampul tu bukan rm1 lagi..tapi lebih tinggi.ermm..lai ramai dari kanak-kanak tadi..Tol yang ketiga sebelum dapat naik pelamin adalah berdepan dengan mak andam..nilai duit lagi tinggi.Selagi tak lepas mak andam ini selagi tu lah tak dapat bersanding..
Mungkin itulah adat Johor kot..yang aku nampak pengantin hanya mampu tersenggih macam kerang busuk..mungkin dalam hati dia cakap macam ni ” siaplah kau malam ni ” hahaha.

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

7 comments

  1. wah, sronok r bjalan smpai ke johor smlam ea.. 😀

  2. curious jap..sape name pengantin yg kiz anta ni?semalam cousin ika kawen gak kat Felda Gg.Mas..huhu

  3. Azhafizah[フィザ]

    hahaha..untung jadi orang johor ni..^__^

  4. rata2 org johor berduit ni

  5. banyak la duit yg pengantin lelaki kena sedia kalo kawin dgn org Johor ya?

  6. MUAHAHA…sy pon johor juga..uncle sy kahwin hari tu lebih dr 3 tol dia kena lalu..:DD

  7. saya selalu tukang amek gamba, tak dapat nak merasa duet tol tuh. hehe
    tapi parah jugak tengok belah laki nak membayor 😀

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *