Breaking News
Home » Santai » Kempen Kawal Nafsu Makan

Kempen Kawal Nafsu Makan

Kempen Kawal Nafsu Makan dengan amalkan konsep 55555 – Makan memang sedap tapi akibatnya yang tak sedap. Semua orang tahu tu termasuklah aku ni haa..tapi selalunya sengaja buat-buat tak tahu je.Kalau dah kena esok baru mengeluh dan menyesal. Menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya. Lebih-lebih lagi tak lama lagi dah nak raya..macam-macam yang dimakan.Mana yang lemaknya , mana yang gulanya , mana yang garamnya ehh macam-macam lagilah selagi boleh sumbat..kena pula yang tangki besar..hehe..
Berbalik kepada amalkan 55555 pula ianya bermaksud makan lima makanan setiap hari, lima sajian buah dan sayur, hadkan kepada 500 kalori sahaja untuk setiap waktu makan utama, hadkan kepada lima gram atau satu sudu teh gula untuk minuman manis dan bersenam lima kali seminggu. Ermm macam mana? boleh buat? ( aku tanya kat diri aku juga ni..haha )

Jadi kena jaga pemakanan..bukan masa musim perayaan je, setiap hari mesti jaga.. 

Check Also

Piala Dunia 2018

Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Setelah melalui pusingan kelayakan dan playoff, 32 pasukan telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *