Breaking News
Home » Uncategorized » Kemenangan Tasha Shilla Dalam ABPBH 2011 Kerana Tajaan ?

Kemenangan Tasha Shilla Dalam ABPBH 2011 Kerana Tajaan ?

Tasha Shilla | Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011) – Mungkin nama Tasha Shilla kurang dikenali dalam dunia hiburan tempatan.Mungkin disebabkan itu juga ada pihak yang membuat cerita yang mengatakan kemenangannya sebagai Artis Baru Wanita Popular dalam ABPBH 2011 baru-baru ini atas tajaan pihak tertentu.

Menurut sumber yang dipetik dari BH Online , Tasha Shila menafikan yang beliau mendapat tajaan dari mana-mana pihak.Pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri, Gemilang itu menganggap kejayaannya dalam anugerah berprestij itu sebagai rezeki yang sudah tersurat dan kemahuan peminat setianya yang mahu melihat dirinya dinobatkan sebagai pemenang.Mungkin sebab dia berjaya menewaskan calon pilihan yang dianggap lebih popular seperti Izara Aishah, Najwa Latif, Neelofa dan Nur Fathia timbul berbagai cerita yang tak sepatutnya.

Bagi aku , mungkin memang dah rezeki Tasha Shilla untuk menang dalam ABPBH 2011.Mungkin ada kelebihan Tasha Shilla yang menarik minat pengundi untuk memilihnya sebagai Artis Baru Wanita Popular..henti-hentikanlah membuat tanggapan negetif.. jangan jadi seperti pepatah rumah dah siap ..tukul masih berbunyi..

sumber gambar dari BH Online

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

3 comments

  1. Bunga Bunga Cinta

    mmg semua pelik bila TS menang…. mcm izara lebih layak dr dia 🙁

    jom BW tmpt saya

  2. Biasalah.. Bila dah menang, pasti ramai akan sakit hati^^

  3. Bila dah berjaya pasti ada yang dengki..dah rezeki dia,terima je la ^__^

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *