Breaking News
Home » Pendidikan » Kemas Kini Permohonan Matrikulasi Sesi 2015-2016

Kemas Kini Permohonan Matrikulasi Sesi 2015-2016

Kemas Kini Permohonan Matrikulasi Sesi 2015-2016. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan, pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 yang pernah membuat permohonan Matrikulasi secara online diminta mengemas kini maklumat melalui laman sesawang kementerian iaitu www.moe.gov.my di ruangan e-Perkhidmatan.

semakan kemas kini permohonan matrikulasi
Kemas Kini Permohonan Matrikulasi Sesi 2015-2016

Permohonan untuk kemas kini borang permohonan bagi mengikuti program matrikulasi sesi 2015/2016 akan dibuka mulai 4 Feb hingga 25 Feb 2015.

Cara Kemaskini Permohonan Matrikulasi.
Untuk mengemas kininya pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran SPM.

Keputusan untuk ke program matrikulasi akan dikeluarkan melalui laman sesawang kementerian dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan SPM 2014 diumum secara rasmi.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *