Dilaporkan 7 rentung dalam kemalangan bas di Tapah. Berdasarkan maklumat awal yang diperolehi melalui penumpang yang selamat, bas persiaran itu membawa 30 penumpang dan dalam perjalanan ke Genting Highland.
Selain itu 22 orang cedera dalam kemalangan yang menyebabkan bas itu terbakar di kilometer 326.3 Lebuhraya Utara Selatan ( PLUS ) arah selatan berhampiran susur keluar Tapah. Kemalangan itu dilaporkan berlaku jam 1.15 pagi.
Siasatan awal Polis mendapati, bas itu cuba mengelak tayar lori ditengah jalan sebelum terbabas dan melanggar sebuah kereta yang berhenti dibahu jalan sebelum terbakar. Menurut laporan itu juga, pemandu kereta itu berhenti untuk mengalihkan tayar itu namun tidak sempat.
Sehingga kini siasatan dan operasi menyelamat masih dijalankan dan angka kematian sebenar masih belum dipastikan, namun 7 rentung.

Sumber BH Online
Update : Pemandu bas yang terbabit kemalangan dan terbakar di Tapah, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dan menjadikan 8 mangsa terkorban. 21 orang cedera dan dua lagi tidak mengalami kecederaan.