Home » Kesihatan » Kelebihan Tidur Waktu Siang

Kelebihan Tidur Waktu Siang

Kelebihan Tidur Waktu Siang. Anda suka tidur siang? dan anda mungkin diperli kerana kuat tidur? abaikan sahaja semua itu. Tidur siang itu sebenarnya sangat perlu dan mempunyai manfaat. Namun jika tidur melampau sampai bom meletup pun tak sedar, itu tabiat yang tidak bagus. Tidur siang sekadar perlu sahaja.

Tahukan anda manfaat atau kelebihan tidur siang? Jika belum tahu jom terus membaca semoga apa yang anda baca dapat memberi manfaat.

Kelebihan Tidur Waktu Siang

Tidur waktu siang sebenarnya mampu meningkatkan kesihatan jantung anda. Tidur siang dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan stroke. Cukup sekadar jika anda dapat tidur dengan lena selama 20 hingga 40 minit bukan tidur sampai berjam-jam sehingga langsung tidak bangun.

Anda selalu stress dengan masalah kerja atau apa sahaja aktiviti di siang hari ? ambil masa sedikit untuk tidur dan ianya mampu menghilangkan tekanan anda.

kelebihan dan manfaat tidur siang
tidur siang

Tidur siang juga mampu mengembalikan kecergasan badan dan otak. Secara tidak langsung akan membantu meningkatkan produktiviti dan mampu memikirkan idea-idea baru dalam menjayakan tugasan harian anda.

Semakin berumur daya ingatan akan semakin lemah. Tidur siang akan dapat membantu menguatkan kembali ingatan anda secara semulajadi. Otak perlu berehat juga. Disarankan tidurlah dalam 45 minit untuk kembalikan kecergasan otak dan kembalikan daya ingatan anda.

Dengan tidur siang juga dapat membantu mengatasi masalah sukat tidur malam atau insomnia. Kajian telah dijalankan dan ia mendapati tidur siang boleh membuatkan penderita insomnia menjadi lebih segar. Ini kerana jumlah waktu istirehatnya yang lebih panjang.

Jadi anda telah tahu beberapa kelebihan tidur siang kepada tubuh badan dan kesihatan anda. Amalkan ikut keperluan anda pasti dapat rasa perubahannya.

Check Also

Buah Betik mempunyai khasiat tersendiri

Khasiat Buah Betik

Khasiat Buah Betik. Betik adalah antara buah-buahan yang mudah didapati di Malaysia. Tidak perlu menunggu …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *