Breaking News
Home » Teknologi » Kelebihan Samsung Galaxy Note 5

Kelebihan Samsung Galaxy Note 5

Kelebihan Samsung Galaxy Note 5. Satu lagi gadjet terbaru keluaran Samsung akan menerjah pasaran dan menambahkan lagi persaingan dalam industri smartphone di Malaysia dan dunia. Samsung memperkenalkan Galaxy Note 5 yang mempunyai kelainan berbanding versi note sebelum ini.

Mungkin anda adalah pengguna Galaxy Note 4 atau yang sebelumnya, adakah anda bercadang menukar kepada Note 5. Jika anda mampu dan memang antara pengguna setia jenama Samsung ini pasti teruja dengan kehadiran telefon pintar terbaru ini. Jom kita tengok apakah kelebihan telefon ini.

Salah satu ciri menarik pada Samsung Note 5 adalah bentuknya kecil dan nipis berbanding Note 4. Ketebalan tidak sampai 0.3 inci dengan enam inci panjang dan tiga inci lebar, skrin sebesar 5.7 inci yang menjadi kelebihan.

Kepada yang suka bergambar atau berselfie pastinya inginkan kamera yang bagus. Dengan Note 5 hasil gambar tentunya lebih baik. Mempunyai kamera hadapan berpiksel 5MP memang sesuai untuk berselfie dan membuat panggilan video. Turut memiliki ciri full HD Live Broadcast, yang membolehkan pengguna menstrim video secara peribadi atau secara umum.

Pena yang lebih baik. Pengguna kini boleh menulis di atas skrin sekalipun ketika skrin ditutup. Juga dilengkapi ciri scroll-capture, yang membolehkan pengguna membuat screen capture laman web secara keseluruhan. Dari segi warna, ia boleh didapati dalam warna hitam dan putih, dengan saiz memori 32GB dan 64GB.

Jika anda berkira-kira ingin menukar atau sedang mencari telefon baru, kenapa tidak mencuba Samsung Galaxy Note 5 ini. Mana tahu kemampuan smartphone terbaru Samsung ini boleh membuat anda tersenyum puas. Tunggu sahaja kehadiran telefon ini di Malaysia.

samsung galaxy note 5
samsung galaxy note 5

Gambar kredit to cnet.com

Check Also

Jupiter Smartphone vape

Jupiter Smartphone Vape

Jupiter Smartphone Vape. Dunia teknologi semakin kedepan dengan perbagai ciptaan. Smartphone atau telefon pintar antara …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *