Home » Info Sukan » Kelantan Juara Liga Super 2012

Kelantan Juara Liga Super 2012


Kelantan Juara Liga Super Malaysia 2012 –Pasukan bolasepak Kelantan mengesahkan kedudukan teratas Liga Super 2012  dan sekaligus mempertahankan kejuaraan liga yang dimenangi tahun lalu. Dengan ini Kelantan mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mempertahankan kejuaraan dua tahun berturut-turut.

Kejayaan ini ditambah dengan kejayaan berpesta gol ketika menewaskan Perak 6-0 di Kota Bharu. Kini Kelantan memiliki 57 mata dengan kelebihan 7 mata dari pencabar terdekat Lions XII ketika saingan liga berbaki dua perlawanan lagi.

Ketika bertemu Perak , Kelantan tampil garang dengan mendahului 5-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-16 dan 29, Mohamad Ghaddar (18), Badhri Radzi (22) dan Nurul Azwan Roya (38). Sebelum Indra Putra melengkapkan malamm gemilang Kelantan dengan satu gol lagi pada minit 48 separuh masa kedua.

Tahniah Kelantan.

Check Also

keputusan Liga Super 20.9.17

Keputusan Liga Super 20 September 2017

Keputusan Liga Super 20 September 2017. Enam perlawanan berlangsung dengan perebutan kedudukan kedua Liga Super …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *