Breaking News
Home » Info Sukan » Kehangatan Bolasepak Liga Utama Musim 2012 / 2013 Eropah Kembali

Kehangatan Bolasepak Liga Utama Musim 2012 / 2013 Eropah Kembali

Liga Perdana Inggeris | La Liga | Serie A | Bundesliga – Kepada peminat atau lebih dikenali sebagai kaki bola pasti sedia maklum saingan liga utama dunia terutama di eropah bakal bermula tidak lama lagi. Berbagai persiapan dijalankan oleh pasukan terlibat serta berlaku perpindahan pemain bintang ternama dunia ke kelab yang baru. Perpindahan paling hangat pasti tertumpu kepada saingan untuk mendapatkan pemain Arsenal Robin Van Persie oleh tiga kelab iaitu Manchester United , Manchester City dan Juventus. Berjayakah kelab-kelab itu mendapatkannya atau Van Persie terus kekal di Arsenal? 
Saingan Liga Perdana Inggeris merupakan liga paling popular didunia. Boleh dikatakan kelab-kelab utama EPL mempunyai ramai pengikut di Malaysia. Sebut EPL pasti akan ada yang membicatakan tentang Man Utd , Man City , Arsenal , Chelsea , Liverpool dan tidak kurang juga Tottenham. Mampukah Man City mengekalkan kejuaraan mereka musim lalu? Liga Perdana Inggeris akan bermula pada 18 Ogos 2012.
Bila membicarakan tentang bolasepak Spain hanya dua kelab yang benar-benar menonjol iaitu Barcelona dan Real Madrid. Saingan La Liga sering tertumpu pada dua kelab yang menghimpunkan begitu ramai bintang ternama dunia. Dua nama besar yang menjadi tumpuan adalah Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Paling ditunggu mampukah pengurus baru Barcelona meneruskan kecemerlangan barisan bintangnya dalam musim 2012/2013 ini. La Liga bakal memulakan aksi pada 19 Ogos 2012.
Begitu juga dengan saingan liga Serie A di Itali yang bakal menyaksikan persaingan kelab-kelab yang mempunyai sejarah tersendiri sama ada di peringkat domestik mahu pun benua eropah. Juventus , Inter Milan dan AC Milan merupakan pasukan yang sering menguasai bolasepak Itali. Serie A bakal memulakan aksi pada 26 Ogos 2012.

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *