Breaking News
Home » Berita » Kebakaran Wad ICU Hospital Sultanah Aminah

Kebakaran Wad ICU Hospital Sultanah Aminah

Kebakaran Wad ICU Hospital Sultanah Aminah. Satu kebakaran berlaku di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah di sini kira-kira pukul 9 pagi hari ini. Kebakaran berlaku di tingkat dua bangunan dimana menempatkan wad Unit Rapi itu.

Kakitangan hospital terpaksa memindahkan pesakit-pesakit bersama-sama katil mereka atau dengan menaiki kerusi roda ke kawasan pekarangan hospital.

GAMBAR KEBAKARAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH ( HSA )

Kebakaran Wad ICU Hospital Sultanah Aminah 25 Oktober 2016
Kebakaran Wad ICU Hospital Sultanah Aminah 25 Oktober 2016

Kebakaran Wad ICU HSA

LAPORAN TERKINI KEBAKARAN HSA 
– Polis mengesahkan enam maut dalam kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan perkara itu yang melibatkan pesakit dari wad rawatan rapi (ICU) selatan tingkat 2, bangunan induk HSA.

– [ Terkini ] Enam pesakit terkorban, manakala seorang lagi selamat dalam kebakaran di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah. Pengarah Bomba Johor Othman Abdullah berkata ketujuh-tujuh pesakit itu merupakan pesakit kritikal yang bergantung kepada bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi ( ICU ) – sumber Bernama.

[ akan dikemaskini dari masa ke semasa berdasarkan laporan rasmi pihak berkuasa ]

Check Also

keputusan Liga Perdana 21 julai

Keputusan Liga Perdana 21 Julai 2017

Keputusan Liga Perdana 21 Julai 2017. Saingan semakin ke penghujung dengan 6 perlawanan telah pun …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *