Breaking News
Home » Berita » Kebakaran Menara Dua Bukit Aman

Kebakaran Menara Dua Bukit Aman

Kebakaran Menara Dua Bukit Aman. Susulan kebakaran di Bukit Aman, berbagai spekulasi berkaitan isu-isu semasa mula berlegar di media sosial terutama facebook dan whatsapp.

Gambar Kebakaran Bukit Aman
Gambar Kebakaran Bukit Aman

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh dokumen yang musnah dalam kebakaran di tingkat 10 menara dua Bukit Aman, adalah kertas yang akan dilupuskan dan bukan dokumen penting. Kertas dan dokumen berkenaan pada mulanya diletakkan di kawasan koridor tingkat 10, iaitu sebelum kejadian kebakaran itu berlaku. Beliau berkata kertas serta dokumen itu sememangnya tidak penting dan akan dilupuskan.

Dalam kejadian pada 29 Julai 2015 itu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan jam 7.20 malam sebelum berjaya mengawal kebakaran kira-kira 30 minit kemudian. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kebakaran masih disiasat oleh pihak Bomba.

sumber BH Online

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *