Breaking News
Home » Berita » KDN Haramkan Buku Ultraman | Ultraman The Ultra Power

KDN Haramkan Buku Ultraman | Ultraman The Ultra Power

Buku Ultraman diharamkan | Ultraman The Ultra Power | Ultraman Comic Ban – Pada mulanya aku pun tak tahu juga hal ni, tapi tadi di facebook ramai pula yang update tentang ultraman. Cari punya cari, rupanya pasal Kementerian Dalam Negeri ( KDN ) telah mengharamkan penerbitan buku komik Ultraman yang bertajuk Ultraman The Ultra Power. Ini disebabkan buku itu didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam. 

Mengikut kenyataan KDN , warta larangan itu berkuat kuasa 18 Februari lalu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi sebarang maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan.

Petikan dari The Malaymail online,
The comic book “Ultraman the Ultra Power has been banned in Malaysia because it refers to a fictional character as “Allah” in a way that could confuse Muslims, a Home Ministry official confirmed today. ( berita penuh disini )

sumber BH Online / MalayMail Online

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *