Breaking News
Home » Info Hiburan » Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik rock n roll terutama kumpulan Search. Album terbaru mereka telah pun mula berada dipasaran pada 22 November 2017 lalu.

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search
Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Dalam senario industri muzik tempatan oada masa kini yang lebih terarah kepada penghasilan single dan penjualan album dalam format digital, kumpulan Search lahir dengan album penuh bertajuk Katharsis. Jarang berlaku pada waktu ini di Malaysia adanya artis keluar dengan album penuh. Kepada peminat yang suka mengumpul, kehadiran album dalam bentuk CD pasti dinantikan.

Katharsis merupakan album ke 12 kumpulan Search dengan kali terakhir mereka merakamkan album penuh pada tahun 2006 dengan tajuk Gothik Malam Edan. Proses rakaman album terbaru ini bermula sejak Mei 2017 di Studio Bsync Productions di Seputeh, Kuala Lumpur.

Album terbaru ini diterbitkan oleh M Nasir yang mana sudah pasti akan memberikan alunan muzik rock n roll yang mantap seperti album sebelum ini. Dengan barisan lama seperti Amy, Din Kid dan Nasir sudah pasti sentuhan muzik dan tone Seacrh tetap sama. Cuma Yazid tidak lagi bersama dan diganti oleh pemain drum undangan Pae.

Album Katharsis mengandungi 10 lagu iaitu Gagalista, Sidang Kangaroo, Nama Yang Kau Lupa, Mitos Atau Nyata, Henjut, Sulalatus Salatin, Jubah Pengantin, Apologia, Embun dan Bebas Liar.

Search memberi bayangan Katharsis yang juga album ke-12 mereka sebagai naskhah studio terakhir yang mungkin dihasilkan kumpulan berkenaan. Jadi jangan lepaskan peluang mendapatkan Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search dipasaran sekarang.

Check Also

Keputusan Undian Piala Dunia 2018

Keputusan Undian Piala Dunia 2018

Keputusan Undian Piala Dunia 2018. Hari ini jumaat pasti tumpuan peminat bolasepak akan terarah kepada …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *