Breaking News
Home » Info Hiburan » Karnival Jom Heboh ICT Shah Alam Ditunda

Karnival Jom Heboh ICT Shah Alam Ditunda

Karnival Jom Heboh ICT Shah Alam Ditunda. Karnival Jom Heboh yang dijadualkan berlangsung di ICT Shah Alam pada 27 dan 28 Disember 2014 ditunda pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti berikutan dengan bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia terutamanya Pantai Timur.

Karnival itu telah ditukar kepada penganjuran mengadakan solat hajat dan bacaan doa di Rumah Baitul Barokah Wal Mahabbah, Sepang. Pihak TV3 turut mengalu-alukan orang ramai untuk memberikan sumbangan berbentuk barangan dan wang bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

Sumbangan kewangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank atau cek atas nama Tabung Bencana NSTP-Media Prima (MBB 5141-0532-0757). Sumbangan barangan pula boleh dihantar ke Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Tingkat 1,  Anjung Riong, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur atau pejabat cawangan NSTP/Media Prima di seluruh negara.

karnival jom heboh ict shah alam
karnival jom heboh ict shah alam

sumber mstar online

Check Also

mia ahmad izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi. Tahniah buat kedua pasangan yang telah selamat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *