Breaking News
Home » Berita » Karnival Ikatan Hati Warga FELDA Kebangsaan (IKTIRAF) 2011/2012

Karnival Ikatan Hati Warga FELDA Kebangsaan (IKTIRAF) 2011/2012

Karnival Ikatan Hati Warga FELDA Kebangsaan (IKTIRAF) 2011/2012 – Karnival yang bertemakan “Menjunjung Transformasi Negara” itu bertujuan menghimpunkan serta membentuk jalinan kerjasama di kalangan warga FELDA khasnya yang tinggal di dalam dan di luar rancangan FELDA.Karnival Ikatan Hati Warga FELDA Kebangsaan (IKTIRAF) 2011/2012 di Dataran Merdeka akan diadakan selama tiga hari mulai Jumaat 30 Mac hingga 1 April 2012.
Karnival ini adalah kemuncak kepada keseluruhan pelaksanaan program serta aktiviti Seranta FELDA Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan pengisian program Majlis Anugerah Belia FELDA Malaysia kali keenam, Perhimpunan Kompang Berirama ‘Malaysian Book of Records’, Pesta Sukan dan kebudayaan serta aktiviti pameran dan jualan.Beliau berkata, antara 12,000 peserta karnival ini terdiri daripada kepimpinan warga FELDA dari setiap rancangan FELDA, selain sukarelawan dan usahawan FELDA.Sebanyak 19 kategori anugerah diadakan termasuk anugerah persatuan, individu, Tokoh Generasi Baru FELDA dan Anugerah Khas Belia FELDA Malaysia.
Karnival iktiraf adalah kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Gabungan Pemikiran Profesional Felda, Alumni Asrama FELDA Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Kementerian Belia dan Sukan.Datuk Seri Najib Razak dijadual merasmikan karnival pada 1 April 2012.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *