Home » Uncategorized » Kapsul Huo Li Bao, HB Lite tidak selamat

Kapsul Huo Li Bao, HB Lite tidak selamat

Menurut sumber dari Ketua Pengarah Kesihatan,dua produk kesihatan iaitu kapsul ‘Huo Li Bao’ dan ‘HB Lite’ ditarik balik penjualannya mulai 26 September lalu kerana didapati tidak selamat untuk digunakan.Kedua-dua produk itu dikesan mengandungi bahan campur palsu yang tidak dibenar digunakan dalam produk tradisional.

Huo Li Bao nombor pendaftaran MAL09062214TC dikesan mengandungi frusemide dan chlorpheniramine, manakala HB Lite nombor pendaftaran MAL09032133TC mengandungi promethazine.Frusemide atau furosemide ialah sejenis ubat diuretik yang diguna bagi mengurangkan pembengkakan akibat air terkumpul (edema) dan penggunaannya memberi kesan sampingan serius seperti ketidakseimbangan cecair dan elektrolit dalam badan.

Chlorpheniramine pula, katanya ialah ubat anthihistamin yang digunakan dalam rawatan berkait dengan reaksi alergik, yang membawa kesan sampingan seperti mengantuk dan kekeringan pada mulut sehingga boleh menyebabkan penyakit paru-paru kronik.Promethazine yang terdapat dalam HB Lite tanpa pengawasan pula boleh memberikan kesan sampingan serius seperti ‘fatal respiratory depression’.

Sumber BERNAMA / Berita Harian

Check Also

keputusan Piala Malaysia suku akhir kedua

Keputusan Piala Malaysia 2017 Suku Akhir Kedua

Keputusan Piala Malaysia 2017 Suku Akhir Kedua. Debaran pasti dirasai oleh lapan pasukan yang terbabit …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *