Breaking News
Home » Kesihatan » Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser usus besar kini menjadi kanser yang paling kerap dihidapi lelaki dan wanita di Malaysia. Antara faktor yang menjadi punca adalah sejarah keluarga, gaya hidup tidak sihat dan peningkatan umur.

kanser usus
kanser usus menyerang siapa sahaja

Satu perkara lagi yang menjadikan kanser ini sukar dikawal adalah kegagalan membuat pemeriksaan awal. Tidak dinafikan masih ramai yang takut menjalani pemeriksaan awal kanser. Antara alasan diberi malu, takut menerima kenyataan dan tidak mahu menyusahkan keluarga. Ini menyebabkan penyakit merebak dan seterusnya sukar diubati.

Jumlah pesakit yang didiagnosis menghidap kanser usus meningkat setiap tahun dan dalam kebanyakan kes, pesakit dikesan menghidap penyakit ini pada peringkat lanjut iaitu tahap tiga dan empat. Sebanyak empat ribu kes baru didiagnosis setiap tahun di Malaysia. Di Malaysia kaum Cina yang paling tinggi bilangannya diikuti India dan Melayu.

Info Berkaitan kanser usus
Berlaku pada lelaki dan wanita berusia 50 ke atas. Punca utama masih tidak diketahui, malah tidak menunjukkan tanda awal yang jelas.

Anda perlu membuat pemeriksaan atau saringan awal jika mempunyai faktor risiko seperti dibawah

– Sejarah keluarga yang mengalami kanser kolon atau polip
– Sejarah keluarga yang mengalami diabetes jenis 2
– Mengetahui sejarah keluarga yang mewarisi gejala kanser kolon
– Pernah mengalami kanser kolon atau polip adenomatous
– Pernah mengalami penyakit keradangan usus kronik
– Kegemukan
– Gaya hidup kurang aktif
– Perokok
– Diet tidak seimbang
– Alkohol
– Usia

Gegala apabila terkena kanser usus
1. Keluar darah melalui dubur namun ianya bergantung di mana usus itu berada. Jika kanser terjadi di bahagian berdekatan dubur, darah yang keluar berwarna merah terang dan cair. Jika berlaku di sebelah kanan, darah biasanya bercampur najis dan ia berwarna lebih pekat.

2. Perubahan tabiat buang air besar. Kadangkala pesakit mengalami cirit-birit dan diselang seli dengan keadaan normal juga sembelit. Pesakit juga kadangkala tidak puas buang air besar iaitu terasa ingin membuang air besar tetapi tiada apa yang keluar.

3. Sakit perut lebih kepada bahagian kiri abdomen.

4. Berat badan berkurangan tanpa sebab.

5. Muka pucat, kurang darah (anemia), letih dan tidak bermaya.

6. Pesakit mengalami penyumbatan usus.

Apakah yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko kanser usus
1. Mengamalkan hidup sihat iaitu pengambilan makanan berkhasiat iaitu melebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan.

2. Mengurangkan makanan mengandungi lemak haiwan seperti kambing dan lembu.

3. Mengekalkan berat badan seimbang.

4. Bersenam

5. Tidak merokok

6. Tidak mengambil minuman keras.

Semoga perkongsian serba sedikit info berkaitan kanser usus ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Dr Luqman Mazlan
Pakar Bedah Am dan Usus, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKMMC), dan Pusat Perubatan Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKMSC)

ubahsuai dari sumber artikel asal Harian Metro

Check Also

virus zika

Virus Zika Simptom Dan Tanda-Tanda Jangkitan

Virus Zika Simptom Dan Tanda-Tanda Jangkitan. Akhir-akhir ini virus ini mula menjadi perhatian orang ramai …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *