Home » Motivasi » Kalau Mahu Seribu Daya , Tak Mahu Seribu Dalih

Kalau Mahu Seribu Daya , Tak Mahu Seribu Dalih

Bagai kata pepatah,hendak seribu daya kalau tak nak seribu dalih..kalau kita memang menyimpan tekad dan ada kemahuan untuk berjaya kita pasti boleh.Kalau memang tak mahu,buat apa pun serba tak daya.Pokok pangkalnya keinginan.Seperti juga cerita dibawah..
Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tiang di sini membuktikan kecacatan bukanlah penghalang untuk mencapai keputusan cemerlang apabila meraih 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 yang diumumkan hari ini.Beliau menulis dengan menggunakan kaki kerana mengalami kecacatan pada kedua-dua belah tangan sejak kecil berjaya mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.Tahniah buat Muhammad Hadi Darus.
Dia yang merupakan anak kedua daripada lima beradik berkata, ejekan yang diterima pada waktu kecil menjadikan dia lebih bersemangat untuk mengejar kejayaan dalam pelajaran.
Gambar Kredit Untuk Bernama

Check Also

keputusan Piala Malaysia suku akhir kedua

Keputusan Piala Malaysia 2017 Suku Akhir Kedua

Keputusan Piala Malaysia 2017 Suku Akhir Kedua. Debaran pasti dirasai oleh lapan pasukan yang terbabit …

6 comments

  1. tahniah buat adik2.

  2. kalau hendak berjaya apapun halangan bukan jadi masalah…

  3. Yang cacat pun boleh berjaya, apa lagi yang sempurna..usaha gigih tangga kejayaan..tambah lagi ada kemahuan..

  4. Awesome! 🙂

  5. sebagai contoh terbaik utk anak2 kita kiz…..ehhhh…utk anak2 kpah..kiz oiiii…

  6. kalau nk berjaya, boleh je kan 🙂

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *