Breaking News
Home » Santai » Kalau Jodoh Tak Kemana

Kalau Jodoh Tak Kemana

Kalau Jodoh Tak Kemana – ehh itulah kata pepatah melayukan..kalau dah memang ditakdirkan milik kita,akan menjadi milik kita juga tak kira berapa lama dah masa berlalu..tapi sesuai ke pepatah tu dengan cerita yang aku nak kongsikan ini.Kira bolehlah kot..
Aku tertarik dengan satu artikel dalam BH Online hari ini yang bertajuk Bola sepak milik remaja Jepun hilang ketika tsunami ditemui. Oh dah lama dah tu, lebih setahun.Bukan ditemui di Jepun tapi bola itu hanyut dan ditemui di sebuah pulau terpencil di Alaska.

Antara petikan dari artikel itu , 
Bola sepak milik Misaki Murakami yang hilang akibat tsunami Jepun tahun lalu ditemui semula di kawasan pulau terpencil Alaska susulan tindakan pemiliknya meletakkan nama beliau pada bola berkenaan. Agensi berita Kyodo berkata, remaja berusia 16 tahun yang berasal dari daerah Rikuzentakata terkejut dan bersyukur bola sepaknya berjaya ditemui semula.

Pegawai Pentadbiran Atmosfera dan Perairan Kebangsaan berkata, bola berkenaan adalah antara objek pertama daripada sisa tsunami yang boleh dikembalikan ke Jepun selepas tragedi 11 Mac 2010.David Baxter yang menemui bola sepak itu di Pulau Middleton, berkata isterinya yang juga rakyat Jepun berpeluang menghubungi Murakami menerusi panggilan telefon. Pasangan itu bercadang untuk menghantar semula bola sepak itu kepada remaja terbabit tidak lama lagi. 


Sama jugalah kan kalau mereka yang berkasih sayang ni..bercinta la macam tu.. kalau dah milik kita pasangan kita tu , tak payah nak risaukan.Ini tak demi nak pastikan yang pasangan itu milik kita ada yang sanggup buat apa saja, ada yang berani nak serah itu ini sampai yang tak sepatutnya diserah pun dibagi merasa..silap-silap lepas merasa..hilang entah kemana..oh padan muka..

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *