Breaking News
Home » Santai » Kalau Dah Kaki 1234 Memang Kaki Juga

Kalau Dah Kaki 1234 Memang Kaki Juga

Hari ketiga di tahun 2012.Apa yang istimewa? Kalau ikut kalender tak ada apa-apakan.Sekadar angka sebagai ingatan yang kita telah beralih dan menghampiri saat yang pasti itu.Pasti semua tahukan apa saat yang pasti itu.Cuma kali ini nak coretkan sedikit al-kisah di hari kedua tahun 2012.Nombor lagikan,sebabnya apa yang aku nak tuliskan ini berkaitan dengan nombor.
Seperti yang aku tulis dalam entri sebelum ini [DISINI] tentang kemalangan yang menimpa adik aku pagi tadi ada secebis kisah tentang nombor yang memang buat aku rasa jengkel.Perkara ini memang biasa berlaku terutama kalau melibatkan kemalangan.Tak kiralah kemalangan apa,kalau basikal pun sampai ada yang sanggup cari no siri basikal tu sebab basikal tak ada nombor pendaftaran.
Semasa aku tengah sibuk-sibuk kutip barang yang berterabur dari kereta,aku dengar kat atas orang asyik tanya pasal nombor kereta..sebab bengang terus aku cabut nombor kereta adik aku tu.Selang beberapa minit lagi ada pula yang turun,kali ni seorang cina,dia cari nombor pendaftaran kereta..aku biarkan aje..tetapi bila dia ambil dan tayangkan nombor tu sambil teriak ” mari mari ini nombor mesti naik ” kepada orang-orang yang kat atas gaung tu.Kepala angin aku naik..dan macam biasa kenalah beberapa das bahasa kesat ( bukan carutan ).Langsung cabut naik.Tahu lak takut.Faham-faham sudahlahkan,aku dah lah tertekan sebab yang kemalangan itu adik aku.Boleh lak dia main-main nombor kat situ.
Cuba kalau adik beradik atau sedara mara dia yang kena,apa dia rasa.Langsung tak ada sivik.Kaki oh kaki nombor,mujur kau tak makan kaki aku hari ini…kalau korang kat tempat aku macam mana? 

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

8 comments

  1. ini….ini…ini bebal.. kaki no ekor memang tu pun keje diorang

  2. kebiasaannya kalau dah accident,plat nombor mesti dicabut kalau tidak jadi bahan tikaman kaki ekorlah.

  3. cilako pnya manusia..nape x sepak je cina tu kiz!…

  4. Orang dalam kesusahan dia sempat lagi menambahkan kemarahan orang..

  5. memang jenis kaki ni susah sikit nak paham.bg makan kaki je.

  6. Cara org tu memang melampau..pernah juga kena mcm ni tapi tak kan nak belasah org mcm ni kan hermmm…kang engko belasah, engko pulak masuk jailed kan..sabar je lah

  7. cina tu memang biadab ar! grrrr

  8. ni kurang ajar namanya..bukannya nak tolong…mmg angin dgn org macam tu…!! hisshh~

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *