Menu Tutup

Kaduk Oh Kaduk

Biasa dengar tak peribahasa Bila Kaduk Naik Junjung? tentu biasakan.Biasanya membawa maksud orang yang lupa diri,orang yang perasan bagus bangat,serba serbi dia je yang betul..dan yang seangkatan dengannya.(kalau silap sila bagi tahu).Jadi tak payahlah kita nak bertukar menjadi kaduk..setinggi mana pun kedudukan kita,kena ingat graviti tetap akan tarik kita kebawah kalau kita jatuh..haha..tak dernya jatuh ke atas..itu kalau jatuh bangunanlah..haha.Kalau jatuh dalam berniaga,kehidupan,blogging dan sebagainya..tak ke haru..
Pokok Kaduk
Sebut kaduk..kaduk..kaduk..tahu ke apa itu kaduk?Siapa tahu angkat tangan.!! tak der makna pun..bukan aku nampak pun korang angkat tangan..Kaduk adalah sejenis tumbuhan yang seakan-akan daun sireh.Tapi kaduk menjalar je atas tanah tak macam sireh memanjat.Sebab itu orang cakap macam kaduk naik junjung..orang yangkat bawah tetiba duk atas..mestilah kerek..tak elok cam tu kan.
Tapi daun kaduk ini juga ada kegunaannya.leh buat ubat untuk melawaskan kencing ( guna akar ),melegakan batuk-batuk, selsema ,sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.(rebus daun).Selamat mencuba ubat daun kaduk tapi jangan jadi kaduk naik junjung.Hahaha.

8 Comments

  1. diana

    daun kaduk tu sedap buat ulam..
    potong halus2,bubuh kelapa parut,cili yang di tumbuk dengan belacan+bawang merah +garam sikit.. dan gaul sebati..
    makan dengan nasik..

  2. diana

    korang yang komen ni biar
    betul tak pernah dengar pribahasa kaduk naik junjung!!
    aih!!ni yang nak kena
    membebel jugak ni…:p
    nanti korang!
    hahahah

  3. Jiejah Gorjes

    haaa suke makan daun kaduk ni style ala2 org thai tu. letak apa tah dlm nye udang kering sangai, halia, bwg kot lg apa ye lupa pastu buh cili api n sambal dia pastu lipat2 makan mcm makan sireh..sedapppppppppp

  4. Belalang Hijau

    skrg nih org dah x kata kaduk naik junjung…org cakap kaduk naik kete spot…hahaha

    (itu peribahasa belalang buat sendiri)…ngee

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *