Breaking News
Home » Berita » Kadir Sheikh Fadzir Umum Keluar UMNO

Kadir Sheikh Fadzir Umum Keluar UMNO

Kadir Sheikh Fadzir umum keluar UMNO yang dipetik dari sumber BH Online.Pemimpin veteran UMNO yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mengumumkan meletakkan jawatannya selaku ahli UMNO.Abdul Kadir menjadi ahli UMNO dan memegang pelbagai jawatan dalam parti sejak tahun 1956 dan pernah menjadi Menteri Penerangan dan Menteri Pelancongan.
Abdul Kadir pernah menjadi Exco Pemuda UMNO selama 10 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO selama 24 tahun, di samping jawatan lain seperti Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah.Beliau menjadi Ahli Pentadbiran Kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku Setiausaha Politik, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri.

Check Also

carta keputusan Liga Super 2018

Keputusan Liga Super 10 Februari 2018

Keputusan Liga Super 10 Februari 2018. Empat perlawanan Unifi Liga Super Malaysia 2018 berlangsung. Keputusan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *