Breaking News
Home » Agama » Kadar Zakat Fitrah Tahun 2016 1437H

Kadar Zakat Fitrah Tahun 2016 1437H

Kadar Zakat Fitrah Tahun 2016 1437H. Kita telah pun mula berpuasa di bulan ramadhan 1437H. Apa yang pasti dalam bulan ini kita wajib melunaskan zakat fitrah. Berikut adalah kadar bayaran zakat mengikut negeri di Malaysia.

Kadar Zakat Mengikut Negeri bagi tahun 2016 M bersamaan 1437H
Wilayah Persekutuan RM7.00
Selangor RM7.00
Johor RM6.00 / RM8.00
Terengganu RM7.00
Perak RM7.00
Pulau Pinang RM7.00
Pahang RM7.00
Kelantan RM7.00
Kedah RM7.00
Perlis RM7.00
Negeri Sembilan RM6.50
Melaka RM6.70
Sabah RM7.00
Sarawak RM7.00

zakat fitrah 2016 1437H
zakat fitrah 2016 1437H

Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Pengertian Zakat
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Check Also

Admin Group Whatsapp Berisiko Dipenjarakan

Admin Group Whatsapp Berisiko Dipenjarakan, itu ada yang dipetik dari beberapa sumber artikel laman berita …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *