Breaking News
Home » Agama » Kadar Zakat Fitrah Tahun 2015

Kadar Zakat Fitrah Tahun 2015

Kadar Zakat Fitrah Tahun 2015. Apabila tiba bulan ramadhan dan menjelang aidilfitri , perkara yang wajib anda tahu adalah kadar bayaran zakat fitrah. Zakat yang wajib bagi semua umat islam. Jadual dibawah adalah kadar bayaran zakat bagi tahun 2015 bersamaan 1436H bagi semua negeri di Malaysia.

 

zakat fitrah 2015
zakat fitrah 2015

Apa yang dimaksud dengan zakat fitrah?
Zakat fitrah adalah zakat yang diwajibkan bersempena dengan bulan Ramadhan dan juga hari raya Fitrah . Dinamakan juga dengan zakat al-Abdan dan ar-Ru-us (zakat badan dan kepala) kerana ia diwajibkan ke atas setiap batang tubuh orang Islam tanpa kecuali sama ada kecil atau besar, tua atau muda, lelaki atau wanita, miskin atau kaya, merdeka atau hamba.

SIAPA YANG PERLU BAYAR ZAKAT FITRAH 

Zakat fitrah diwajibkan ke atas semua individu sama ada lelaki atau wanita jika cukup syarat-syaratnya.

Bagi orang yang belum mempunyai tanggungan, zakat fitrahnya disempurnakan oleh dirinya sendiri atau orang yang menanggung nafkahnya. Adapun orang yang telah mempunyai tanggungan, ia wajib menyempurnakan zakat fitrah untuk dirinya sendiri dan juga orang-orang yang berada di bawah tanggungan nafkahnya iaitu,

1. Isteri
2. Asal-asulnya (iaitu bapa, ibu, datuk, nenek hingga berikutnya ke atas)
3. Zuriatnya (iaitu anak-pinak dan cucu-cicit); sama ada lelaki atau perempuan, kecil atau besar/dewasa.
4. Hamba yang dimiliki.

Jadi zakat fitrah sudah boleh mula dibayar sekarang, jangan tunggu saat akhir.

KADAR ZAKAT FITRAH 2016 1437H

Check Also

Kewajipan Membayar Zakat Fitrah

Kewajipan Membayar Zakat Fitrah – As salam.. Dalam kita sibuk dengan persiapan hari raya jangan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *