Breaking News
Home » Agama » Kadar Zakat Fitrah 2017 Atau 1438H

Kadar Zakat Fitrah 2017 Atau 1438H

Sudahkah anda membayar zakat fitrah sempena aidilfitri tahun ini. Jangan tunggu lama-mana. Bayarlah lebih awal agar urusan pengagihan lebih lancar atau anda sendiri tidak terkejar-kejar pada saat akhir. Tahukah anda berapa kadar zakat fitrah 2017?

Kadar Zakat Fitrah 2017

Kadar zakat fitrah akan ditentukan oleh Majlis Agama Islam mengikut negeri di Malaysia. Kadar bagi setiap negeri adalah tidak sama. Kadar zakat ditentukan oleh harga makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Jika di Malaysia kita mengikut harga beras. Kiraan adalah berdasarkan satu gantang atau bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya.

Kadar Zakat Fitrah 2017

Berikut adalah senarai kadar harga atau bayaran yang perlu dibayar mengikut negeri di Malaysia untuk tahun 2017 bersamaan 1438H.

Perlis = RM7.00
Kedah = RM7.00
Pulau Pinang = RM7.00
Perak = RM7.00
Selangor = RM7.00
Negeri Sembilan = RM6.50
Melaka = RM6.70
Johor = RM7.00
Pahang = RM7.00
Terengganu = RM7.00
Kelantan = RM7.00
Sarawak = RM7.00
Sabah = RM7.00
Wilayah Persekutuan = RM7.00

Dari senarai diatas tiada sebarang perubahan dari kadar zakat fitrah 2016 kecuali untuk negeri Johor.

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”- Surah An-Nur (ayat 56)

“Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.” – Surah Al-Baqarah (ayat 83)

Hikmah dan kelebihan membayar zakat fitrah
Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang tidak berkemampuan.
Membersihkan diri dan menyuburkan harta pembayar zakat.
Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT.
Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT dan antara manusia dengan manusia.
Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

Semoga kita bersegera menunaikan zakat fitrah mengikut kadar zakat fitrah 2017 atau 1438H yang telah ditetapkan.

Check Also

Kewajipan Membayar Zakat Fitrah

Kewajipan Membayar Zakat Fitrah – As salam.. Dalam kita sibuk dengan persiapan hari raya jangan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *