Home » Agama » Kadar Zakat Fitrah 2014 / 1435H Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia

Kadar Zakat Fitrah 2014 / 1435H Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia

Kadar Zakat Fitrah 2014 / 1435H Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia – Berikut adalah kadar zakat fitrah yang telah ditetapkan untuk zakat fitrah bagi tahun 2014 atau 1435H. Nilai kadar bagi zakat fitrah adalah mengikut harga beras mengikut negeri seperti yang telah ditetapkan oleh majlis agama islam masing-masing.
Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya. Inilah di antara keindahan Islam di sebalik pensyariatan sesuatu ibadah kepada penganutnya. Sesungguhnya peranan zakat dalam membina sosio ekonomi dan sosial masyarakat Islam amatlah penting dan mesti dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim. 
Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya.Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.

KADAR ZAKAT FITRAH 2014 M / 1435 H MENGIKUT NEGERI
Kelantan RM7.00
Pahang RM7.00
Perlis RM6.50
Kedah RM7.00
Pulau Pinang RM7.00
Perak RM7.00
Selangor RM7.00
Negeri Sembilan RM6.50
Melaka RM6.70
Sarawak RM7.00
Sabah RM7.00
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan RM7.00
Terengganu & Johor – Belum Diumumkan

*Untuk Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut gred beras.

 

Check Also

zakat fitrah 2015

Kadar Zakat Fitrah Tahun 2015

Kadar Zakat Fitrah Tahun 2015. Apabila tiba bulan ramadhan dan menjelang aidilfitri , perkara yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *