Breaking News
Home » BR1M » Kadar BR1M 2016 Dinaikkan

Kadar BR1M 2016 Dinaikkan

Kadar BR1M 2016 Dinaikkan. Sudah pasti ramai yang ternanti-nanti pengumuman berkaitan BRIM oleh Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2016 hari ini. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2016 bakal dinaikkan lagi berbanding tahun sebelumnya.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2016
Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2016

Dalam pembentangan bajet 2016, Perdana Menteri mengumumkan BR1M bakal dinaikkan lagi dengan tambahan RM50 bagi setiap kategori.

KADAR BR1M 2016
Isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah dinaikkan daripada RM950 kepada RM1,000.

Isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 dinaikkan daripada RM750 kepada RM800

Individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan dinaikkan daripada RM350 kepada RM400.

Sementara itu kategori baharu diperkenalkan bagi semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah RM1,000 dimana bakal menerima BR1M sebanyak RM1,050

Skim Khairat Kematian pemberian RM1,000 akan diteruskan seperti tahun sebelumnya.

Check Also

BR1M 2016

Tarikh Bayaran BR1M 2016

Tarikh Bayaran BR1M 2016. Pasti ramai yang ingin tahu bila bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *