Breaking News
Home » Berita » Jururawat Dituduh Curi Seluar Dalam

Jururawat Dituduh Curi Seluar Dalam

Seorang jururawat sebuah hospital dihadapkan di Mahkamah Majistret di Kota Bharu semalam atas tuduhan mencuri satu kotak seluar dalam lelaki dan beberapa barangan lain di sebuah pasar raya.Mengikut pertuduhan, Zubaidah didakwa mencuri satu kotak seluar dalam lelaki jenama Edwin, dua helai baju T lelaki jenama Polo, sehelai baju perempuan jenama LD Mat, satu tali pinggang kulit, satu selipar dalam rumah jenama G-Style, satu getah pengikat rambut jenama G-Style dan satu klip rambut jenama G-Style di pasar raya tersebut.
Zubaidah dari Kampung Padang Lati Bekelam, Bachok, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.Tertuduh mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di hadapan Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor.
-SinarHarian-

Check Also

keputusan piala malaysia 18 julai

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017. Aksi TM Piala Malaysia kembali dengan 8 perlawanan berlangsung …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *