Home » Uncategorized » Jurukamera BERNAMATV maut ditembak

Jurukamera BERNAMATV maut ditembak

Jurukamera BERNAMATV maut ditembak di Somalia ketika membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI.Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor yang ketika itu bersama rakan media elektronik menaiki trak ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita apabila beliau terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi paru-parunya.Kejadian kira-kira 10.30 pm waktu Malaysia.

Mengikut laporan rakan setugasnya,mungkin tembakan itu di tujukan kepada trak tentera kerajaan yang menigiringi mereka tapi tersasar kearah kenderaan yang dinaiki Noramfaizul Mohd Nor.Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini.Selain Somalia, Allahyarham sebelum ini pernah mengikuti tiga misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia.Jenazah dibawa pulang ke Malaysia hari ini menaiki pesawat Charlie C-130 pada jam 8.15 pagi waktu tempatan (kira-kira 3.15 pagi waktu Malaysia) bersama-sama anggota misi lain dan dijangka tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada jam 9 pagi esok.

Al-Fatihah

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

3 comments

  1. innalillah..smoga dtempatkn dkalangan org beriman..amin..

  2. tu lah..td pg baca news agak terkejut sikit sbb dia mati terkena peluru sesat,,sedih pun ada..

  3. al-fatihah

    tadi tgk berita,kesian tgk mak arwah,sedih sampai pitam2

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *