Home » Teknologi » Jupiter Smartphone Vape

Jupiter Smartphone Vape

Jupiter Smartphone Vape. Dunia teknologi semakin kedepan dengan perbagai ciptaan. Smartphone atau telefon pintar antara produk yang sentiasa mencipta kejutan dengan berbagai fungsi dan aplikasi. Tidak hairan kenapa begitu banyak jenama smartphone yang berada dipasaran dengan harga mahal dan murah bergantung kepada fungsi.

Jupiter Smartphone vape
Jupiter Smartphone vape

Satu lagi produk yang diberi nama Jupiter telah dicipta yang mana mengabungkan smartphone dan vape. Jupiter adalah sejenis alat dua dalam satu yang membolehkan pengguna untuk menggunakan telefon pintar sambil menghisap rokok elektronik. Dua dalam satu.

Apa kelebihan jupiter? Telefon pintar Android ini mempunyai sistem vape yang terbina pada bahagian atasnya. Jupiter mempunyai skrin sebesar 5.3 inci dan menggunakan Android 4.4 selain mempunyai aplikasi khas yang membolehkan pengguna mengawal bagaimana vape beroperasi dengan hanya menekan skrin sesentuh.

Smartphone ini adalah keluaran Amerika Syarikat namun belum berada dipasaran kerana masih menanti kelulusan.

vape smartphone
vape smartphone

sumber vaporcade.com

**posting ini sekadar informasi, kami tidak terlibat dalam sebarang aktiviti mempromosi penggunaan Vape, harap maklum**

Check Also

sembangchat

Aplikasi SembangChat

Aplikasi SembangChat adalah aplikasi bual pertama yang dibangunkan di Malaysia hasil kerjasama Teknik Padu Sdn Bhd. SembangChat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *