Breaking News
Home » Info Hiburan » Juara Bintang RTM 2012 Sah Milik Aisya Safia

Juara Bintang RTM 2012 Sah Milik Aisya Safia

Aisya Safia sah juara Bintang RTM 2012 – Kontroversi yang melanda pemenang bintang RTM 2012 Aisya Safia terjawab apabila pihak RTM mengesahkan yang Aisya Safia tetap juara Bintang RTM 2012. Sebelum ini ada yang mempertikaikan kemenangan Aisya kerana beliau pernah merakamkan lagu dan sekaligus melanggar syarat pertandingan.


Bahagian Perkhidmatan Muzik RTM melakukan soal selidik dan rujukan berikutan aduan bahawa Aisha Safia pernah merakam suara dalam bentuk ‘single’.Antara syarat penyertaan BRTM 2012 menyatakan bahawa peserta hendaklah belum pernah merakam album atau menandatangani kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman. Aisha Safia tidak melanggar syarat kerana beliau tidak merakamkan album penuh kecuali hanya sebuah ‘single’. 

Check Also

peserta Mentor Milenia 2017

Senarai Peserta Mentor Milenia 2017 TV3

Rancangan rialiti TV terbitan TV3 kini kembali untuk musim kedua. Setelah selesai sesi ujibakat kini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *