Breaking News
Home » Info Sukan » Jonah Lomu Meninggal Dunia

Jonah Lomu Meninggal Dunia

Jonah Lomu Meninggal Dunia. Peminat sukan ragbi pasti mengenali lagenda Jonah Lomu. Bekas pemain sayap terbaik pasukan ragbi All Black New Zealand. Hari ini dunia sukan ragbi dikejutkan dengan kematian beliau.

Jonah Lomu
Jonah Lomu

Jonah Lomu meninggal pada usia 40 tahun dan menurut sumber dipercayai akibat masalah buah pinggang. Kematian lagenda ini telah disahkan oleh keluarga dan Persatuan Ragbi New Zealand (NZR).

Dibawah adalah beberapa petikan berkaitan kematian Jonah Lomu oleh keluarga dan NZR.

“Kami semua terkejut dan menzahirkan rasa sedih atas kematian mengejut Jonah Lomu,” – Ketua Pegawai Eksekutif NZR, Steve Tew

“Saya boleh sahkan Jonah Lomu meninggal pagi ini. Ia sesuatu yang tidak dijangka. Jonah dan keluarga tiba dari UK malam tadi,” – jurucakap keluarga Jonah Lomu

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *