Breaking News
Home » Pelancongan » Jom Jalan-Jalan Ke Melaka

Jom Jalan-Jalan Ke Melaka

Jom Jalan-Jalan Ke Melaka. Penat bekerja masa untuk hilangkan stress. Salah satu cara adalah dengan melancong ke tempat menarik. Mungkin ada yang suka ke luar negara, ada yang suka di daam negara mengikut bajet yang sesuai dengan kemampuan. Banyak tempat menarik di Malaysia ini. Kali ini MySensasi ingin kongsikan tempat menarik sekitar Melaka Bandaraya Bersejarah. Bagi yang pernah sampai pasti tahu tempat menarik di Melaka. Bagi yang baru bercadang, jom baca perkongsian dibawah.

Kota A Famosa Melaka terletak di Bandar Hilir adalah antara tempat bersejarah yang wajib anda pergi. A Famosa adalah kubu peninggalan Portugis yang musnah akibat serangan bertalu-talu daripada pihak Belanda tetapi bahagian depan Kubu ini masih kukuh dan tersergam sehingga ke hari ini. Kubu A’Famosa dibina daripada blok-blok batu merah yang tidak seragam bentuknya.

Jika anda ingin melihat panorama bandaraya Melaka, pastikan anda mengunjungi Menara Taming Sari. Menara ini terletak di Bandar Hilir dan setinggi 110 meter. Menara Tamingsari adalah Menara Berputar jenis Gyro, yang pertama di Malaysia. Nikmati putaran 360 darjah dan hayati keindahan Bandaraya Melaka. Dibuka dari 10 pagi sehingga 10 malam dengan bayaran tiket RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

Bagi yang ingin menikmati keunikan dan mengenali budaya masyarakat Malaysia, pastikan Mini Malaysia and Asean Culture Park menjadi pilihan anda. Terletak di Ayer Keroh dan tidak jauh dari laluan keluar lebuhraya Utara-Selatan. Terdapat 14 rumah daripada pelbagai negeri yang dipamerkan di sini. Turut diadakan beberapa persembahan kebudayaan bagi menarik lebih ramai pengunjung. Bayaran masuk RM15 bagi dewasa. Manakala untuk kanak-kanak RM 8. Dibuka daripada jam 9 pagi sehingga 5 petang.

Di kawasan Ayer Keroh juga, anda boleh melawat Zoo Melaka dan Taman Buaya. Zoo dan Taman Buaya ini terletak berhampiran dan ini memudahkan anda melawat kedua-duanya serentak. Zoo Melaka adalah Zoo Melaka turut menawarkan kunjungan pada waktu malam yang dikenali sebagai “Night Safari”. Zoo Melaka dibuka dari jam 9 pagi sehingga 6 petang. Manakala Night Safari dari jam 8 malam sehingga 11 malam.

Melaka River Cruise menawarkan pengalaman menyusuri Sungai Melaka sepanjang 9 km. Nikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan sebagainya. Dibuka daripada jam 9.00 pagi sehingga 11.00 malam.

Melaka River Cruise
Nikmati keindahan sepanjang Sungai Melaka dengan Melaka River Cruise

Sudah penat pusing satu Melaka, apa kata anda singgah ke Melaka Wonderland. Taman tema air yang sememangnya best untuk bersantai dan merehatkan badan. Lokasi Melaka Wonderland adalah di Ayer Keroh.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Malaka yang boleh anda lawati. Mungkin MySensasi akan kongsikan lagi beberapa lokasi wajib pergi bila anda sampai ke Melaka.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

2 comments

  1. Selamat cuti ! Boleh kunjungi A Famosa Resort di Melaka lain kali 🙂 5* villa 827

    http://www.villafamosaresort.com

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *