Breaking News
Home » Berita » Johor Haramkan IJF Masuk Stadium

Johor Haramkan IJF Masuk Stadium

Johor Haramkan Inter Johor Firms IJF Masuk Stadium Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos untuk seumur hidup. Begitulah yang dipetik dari sumber page facebook Rasmi Johor Southern Tigers. Kumpulan IJF itu turut diharamkan daripada memasuki mana-mana stadium yang membabitkan perlawanan pasukan Johor.

“PBNJ dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia mendapat perkenan daripada Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk menghalang kegiatan kumpulan pelampau yang mencemar imej negeri Johor,” – PBNJ ( dipetik dari sumber BH Online )

Menurut laporan itu , tindakan ini adalah kerana Tunku Ismail selaku presiden PBNJ mengutuk sekeras-kerasnya mana-mana organisasi yang mengamalkan ideologi ‘hooligan’ atau samseng.

Sebelum itu , kumpulan Inter Johor Firms IJF didakwa terbabit dalam kekecohan di Stadium Shah Alam, ketika perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Vietnam sehingga mengakibatkan seorang penyokong lawan cedera.

Kenyataan TMJ mengenai IJF
sumber FB Johor Southern Tigers

KUMPULAN INTER JOHOR FIRMS TIDAK DIIKTIRAF SELAKU WARGA JOHOR KERANA KAMI TIDAK MENERIMA “HOOLIGANS”

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) telah membuat keputusan untuk mengharamkan seumur hidup kumpulan penyokong yang menamakan diri mereka Inter Johor Firms (IJF) daripada memasuki Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos dan mana-mana stadium yang membabitkan perlawanan dengan pasukan negeri Johor.

PBNJ dengan kerjasama pihak Polis DiRaja Malaysia telah mendapat perkenan daripada DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor untuk menghalang kegiatan kumpulan pelampau yang mencemar imej negeri Johor. DYAM Tunku Mahkota Johor turut bertitah, “Pihak yang bertanggungjawab memberi imej buruk dan memalukan negeri Johor akan ditangani dengan segera kerana kumpulan pelampau seperti ini tidak diiktiraf sebagai warga Johor. Orang-orang seperti ini yang telah memberi nama buruk perlu dikutuk sekeras-kerasnya oleh sekalian rakyat Johor”.

PBNJ mengambil keputusan ini bukan kerana kejadian yang berlaku di Stadium Shah Alam semalam tetapi adalah kerana DYAM Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden PBNJ mengutuk sekeras-kerasnya mana mana organisasi yang mengamalkan ideologi ‘Hooligan’ dalam menyatakan sokongan mereka terhadap pasukan. – SUMBER DARI FB Johor Southern Tigers.

IJF yang dipetik dalam komen balasnya menerusi akaun Facebook organisasi itu berkata, ia akur dengan titah TMJ dan membubarkan kumpulan penyokong bola sepak itu serta merta. Ia bagaimanapun mempersoalkan sama ada benar anggota IJF terbabit dalam insiden memukul penyokong Vietnam di Stadium Shah Alam.

olahan dari sumber BH Online dan facebook JST

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

One comment

  1. ohoiii,,bila cakap pasal sukan,,macam macam cerita timbull kan,, papepom, malaysia boleh!! hihihi

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *