Breaking News
Home » Info Sukan » Jersi Baru Manchester United 2015-2016

Jersi Baru Manchester United 2015-2016

Jersi Baru Manchester United 2015-2016. Nampaknya terlalu awal untuk disebarkan jersi terbaru Man Utd yang akan digunakan pada musim 2015-2016 EPL nanti. Apa yang menarik adalah kerana jersey terbaru ini bakal dikeluarkan oleh penaja baru mereka Adidas setelah tajaan Nike akan berakhir.

jersi baru adidas manchester united
jersi baru adidas manchester united

Namun seminggu sebelum jersi baharu ini diperkenalkan secara rasmi, nampaknya ada pihak yang secara tidak sengaja telah mempamer dan menjual jersi ini secara terbuka. Mengikut laporan beberapa portal sukan, sebuah kedai sukan di Amerika Syarikat secara tidak sengaja bukan sahaja mempamerkannya malah menjualnya secara terbuka. Mengikut perjanjian, United tidak boleh mempamerkan jersi baru mereka keluaran Adidas sehingga menjelang 1 Ogos iaitu sehari selepas kontrak mereka bersama Nike tamat secara rasmi.

Jersi berharga USD90 itu telah dipamer dan dijual secara tidak sengaja oleh kedai sukan Dick’s Sporting Goods kepada awam dan mula menjadi viral apabila seorang pelanggan telah memuat naik ke laman sosial setelah mengambil gambar secara senyap-senyap.

jersi adidas Man Utd Baru
jersi adidas Man Utd Baru

Dari gambar yang dikongsikan jelas terlihat jersi baru United ini persis jersi retro yang pernah mereka gunakan di awal tahun 1980-an juga ketika itu dikeluarkan oleh Adidas. Benar atau tidak ini adalah jersi baharu Man Utd, kita tunggu sahaja sehingga 1 Ogos 2015 ini pada pengumuman rasmi.

Check Also

EPL 2016-2017

Jadual Carta Keputusan EPL 2016-2017

Jadual Carta Keputusan EPL 2016-2017. Liga paling popular didunia, Liga Perdana Inggeris atau English Premier …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *