Breaking News
Home » Kesihatan » Jenis Diet Yang Gagal

Jenis Diet Yang Gagal

Jenis Diet Yang Gagal. Semua orang mengimpikan tubuh yang langsing dan cantik. Sebab itu ramai yang stress sebab gagal mencapai impian walaupun berdiet macam nak gila sehingga ada yang menjejaskan kesihatan semata-mata untuk langsing. Tahukah anda, bukan semua diet itu memberi kesan yang sempurna. Berikut disenaraikan diet-diet yang gagal dan patut anda hentikan.

makanan diet

Diet Rendah Karbohidrat adalah memaksa badan menggunakan lemak sendiri sebagai sumber tenaga utama. Badan juga tidak banyak mengambil karbohidrat sebaliknya  diganti dengan makanan yang kaya protein. Sebenarnya, pengambilan karbohidrat mestilah sesuai dengan keperluan. Bagi wanita hamil, remaja dan pesakit diabetes, berhati-hati dengan diet ini. Penurunan karbohidrat akan merendahkan kadar insulin.  Tetapi, ia juga boleh mengakibatkan nafas berbau, kelelahan dan rasa mual.

Diet Haleluya adalah mengambil 85% semua sayuran mentah dan 15% daripada makanan yang dimasak. Sayuran yang dimasak dalam bentuk kukus atau rebus. Ada juga yang memasukkan sayuran ke dalam masakan. Cara ini tidak sesuai bagi anda yang bukan penggemar diet vegetarian.

Diet Coklat Susu dilakukan dengan cara minum tiga gelas susu coklat sepanjang hari dengan pola pemakanan yang sihat. Gabungan kalsium,vitamin D, protein, karbohidrat dan senaman membantu seseorang tanpa perlu melakukan diet lain. Selain itu, kombinasi protein dan karbohidrat akan membantu metabolisme badan membakar lemak. Kenapa gagal? Ini kerana tidak ada bukti menunjukkan bahawa vitamin D atau kalsium akan menyebabkan penurunan berat badan. Protein dan karbohidrat yang terdapat dalam makanan pula digunakan untuk membantu badan selepas 30 minit bersenam.

Diet Air memaksa anda minum sepanjang hari, anda perlu minum air sebanyak 64 auns untuk memberikan tenaga pada badan. Malah, kita memerlukan 12 kalori pada setiap liter air. Jadi, seseorang yang melakukan diet air akan membakar kalori secara semulajadi. Secara teoriti, diet ini tidak masuk akal. Tidak dinafikan dengan minum air yang banyak setiap hari dapat memberikan gaya hidup yang sihat. Tidak semua dapat mengikuti diet ini terutamanya pesakit jantung, ginjal dan hati kerana ia mempunyai gangguan penyimpanan cairan dan ketidakseimbangan elektrolit.

Diet Sup Kobis adalah diet ekstrim kerana boleh menurunkan berat badan secara drastik dengan hanya mengambil sup kobis selama tujuh hari. Diet ini tidak disarankan kerana ia boleh menghilangkan pelbagai nutrisi, kekurangan vitamin dan mineral. Ia juga merosakkan keindahan rambut,kuku dan kulit.Selain itu, badan tidak akan mendapat apa-apa kalori, perut akan masuk angin kerana diet yang sangat ketat dan menganggu sistem pencernaan.

Diet Makanan Bayi merupakan teori diet yang menggantikan makanan yang biasa diambil kepada ukuran makanan bayi atau makanan bayi. Contohnya, makanan yang dikisar, bubur dan snek bayi. Makanan bayi mungkin boleh menurunkan berat badan dengan cepat tetapi makanan bayi tidak mampu memenuhi keperluan serat, protein, karbohidrat dan kalsium pada orang dewasa.

Jadi anda fikir sendiri , kenapa diet anda sering gagal jika tersalah pilih caranya.

sumber majalah rapi

Check Also

Berhenti merokok

Makanan Yang Membantu Anda Berhenti Merokok

Makanan Yang Membantu Anda Berhenti Merokok. Tabiat merokok sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Ramai sahaja …

One comment

  1. Info yang menarik,, salah pilih cara diet, takot makin membesar plak,,( > <)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *