Breaking News
Home » Berita » Jenazah Penuntut Kemalangan Di Russia Dijangka Tiba Jumaat

Jenazah Penuntut Kemalangan Di Russia Dijangka Tiba Jumaat

Jenazah Hanisah Muhd Shah dan Adzreen Dimyati yang maut dalam kemalangan jalan raya di Vladimirskaya, Rusia, Ahad lepas, dijangka tiba di Kuala Lumpur pada Jumaat pagi. Jenazah kedua-dua penuntut itu akan diterbangkan ke Kuala Lumpur melalui Dubai. Hanisah dan Adzreen maut manakala lima lagi penuntut perubatan Malaysia dari University of Nishny Novgorod State Medical Academy cedera apabila van yang mereka naiki bertembung dengan sebuah van lain ketika kesemua mereka dalam perjalanan dari Moscow ke Nishny Novgorod.

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *